Futsal Sukan Ria Antara Syarikat diteruskan

Futsal Sukan Ria Antara Syarikat diteruskan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Pasukan Istana Maintenance Department meneruskan penguasaannya dalam Kumpulan A selaku juara bertahan apabila berjaya meneruskan rekod tanpa kalahnya di dalam Kejohanan Bola Keranjang NBT di dalam Sukan Ria Antara Syarikat 2016 di Dewan Bola Keranjang Batu Bersurat, Gadong.

Setelah menewaskan Rentokil sebelum ini, kali ini giliran Gong Cha pula menerima penangan Pasukan Istana Maintenance Department apabila terpaksa akur dengan kekalahan dengan mata 88-62.

Sementara itu semalam, perebutan di dalam Kumpulan C menyaksikan Pasukan Yuan Thong menang ke atas Pasukan Digimark Enterprise dengan mata 101-89, dan Pasukan Bengkel Kereta Berakas tunduk kepada pasukan Bank Standard Chartered 35-82.

Perlawanan disambung lagi esok dengan aksi Kumpulan B antara Pasukan D’Sunlit menentang Pasukan Propel Services and trading (PST) Sdn Bhd dan pasukan Kingston Beverage and Creamery Sdn Bhd menentang Pasukan HSBC.

Antara aksi pemain dalam perlawanan tersebut.
Antara aksi pemain dalam perlawanan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA