G. Neville mungkin tamatkan kerjaya jurulatih

G. Neville mungkin tamatkan kerjaya jurulatih

LONDON, 13 Sept – Gary Neville mungkin tidak akan kembali ke kerjaya jurulatih selepas ‘dikecewakan’ oleh England selain mengharungi kempen penuh dukacita ketika bergelar jurulatih Valencia.

Bekas pertahanan Manchester United itu meninggalkan tugasnya sebagai penolong pengurus skuad kebangsaan England susulan kegagalan pasukan itu di Euro 2016, Jun lalu.

Dia sebelum itu turut dipecat oleh kelab Sepanyol, Valencia selepas sekadar meraih tiga kemenangan dalam 16 perlawanan La Liga pada musim lalu.

“Saya sentiasa berkata ‘tidak berkata tidak’ kerana cinta saya kepada bola sepak.

Namun, saya percaya amat sukar bagi saya untuk kembali ke era kejurulatihan kerana komitmen saya terhadap banyak perkara lain,” kata Neville kepada Sky Sports.

Neville kembali ke kerja lamanya sebagai pengkritik di Sky dan pemilik bersama kelab liga kecil, Salford City bersama abangnya, Phil dan bekas rakan sepasukannya di United, Ryan Giggs, Paul Scholes dan Nicky Butt. – AP

ARTIKEL YANG SAMA