G20 mampu rangsang kelembapan ekonomi global

G20 mampu rangsang kelembapan ekonomi global

BEIJING, 1 Sept – Pemimpin Amerika Syarikat, China dan ekonomi utama Kumpulan 20 yang bertemu pada hujung minggu ini berkata lebih banyak perdagangan akan merangsang pertumbuhan global yang lembap tetapi sedang memperketat kawalan mereka sendiri ke atas import.

China berharap statusnya sebagai tuan rumah G20 akan memberikannya lebih banyak pengaruh dalam mengendali ekonomi global dan telah menjadikan perdagangan satu tema mesyuarat di Hangzhou, bandat tepi tasuk di barat daya Shanghai. Pegawai China berkata Beijing akan mencadangkan satu pelan untuk mempromosi perdagangan menerusi kerjasama dalam kewangan, cukai dan tenaga.

Kerajaan juga berkata mereka mahu membincang perubahan iklim, usaha untuk mengurangkan lebihan kapasiti pengeluaran dalam keluli dan industri lain dan had ke atas penggunaan cukai, walaupun tidak ada perjanjian dijangka dicapai.

Gambar fail bertarikh 28 Ogos 2016 menunjukkan replika tanah liat (dari depan, kanan) menunjukkan Theresa May, Xi Jinping dan pemimpin-pemimpin G20 yang lain yang telah dihasilkan oleh seorang artis wanita, Wu Xiaoli dipamerkan di salah sebuah kedai bersempena Persidangan G20 yang akan diadakan di Hengzhou, timur China, wilayah Zhejiang. – AP

Presiden AS Barack Obama, Canselor Jerman Angela Merkel dan pemimpin lain akan bercakap menentang faham perlindungan, kata kerajaan mereka. Namun pada masa yang sama, kerajaan G20 sedang mempertingkat sekatan ke atas import keluli dan barangan lain, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa sokongan untuk perniagaan global mungkin terhakis.

Pertumbuhan perdagangan global pada tahun ini diramalkan oleh Pertubuhan Perdagangan Sedunia pada 2.8 peratus – tahun kelima berturut-turut di bawah 3 peratus. Pertumbuhan ekonomi global diramalkan pada 3.4 peratus oleh Tabung Mata Wang Antarabangsa. – AP