G20 usaha redakan gelombang kejutan ekonomi dari China

G20 usaha redakan gelombang kejutan ekonomi dari China

PARIS, 3 Sept (AFP) – Menteri-menteri kewangan dunia berkumpul di Turki pada hujung minggu ini berdepan dengan pertumbuhan meleset di China, menjejas teruk ekonomi membangun dan menimbulkan panik di pasaran saham global.

Dengan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dijangka menambah ketidakpastian dan kebimbangan, menteri-menteri kewangan dan pengurus bank pusat negara Kumpulan 20 akan bertemu di Ankara di bawah suasana yang berubah berbanding apabila mereka bertemu sebelum ini pada April.

Selepas rundingan berkenaan, penggubal dasar daripada ekonomi maju dan membangun terbesar dunia bercakap secara optimistik bahawa risiko terhadap pemulihan global semakin berkurangan.

Pada hujung minggu ini, berita G20 dari Ankara dijangka lebih terkawal.

Tanda-tanda yang menunjukkan bahawa ekonomi China, yang kedua terbesar di dunia, sedang meleset lebih daripada dijangka telah membimbangkan pasaran saham, mendesak harga komoditi turun, melihat keadaan kucar-kacir dalam mata wang pasaran membangun dan menimbulkan persoalan kenaikan kadar faedah AS yang dijangka dilakukan sebelumnya pada September.

Pada minggu ini, ketua Tabung Kewangan Antarabangsa Christine Lagarde mengakui pertumbuhan ekonomi global mungkin lebih lemah daripada 2015 berbanding anggaran yang dibuat oleh IMF sebanyak 3.3 peratus dua bulan lalu, disebabkan sebahagiannya kesan sampingan daripada kemelesetan China.

“Apa yang telah ditunjukkan dalam tempoh beberapa minggu lalu adalah kedudukan Asia dalam ekonomi global, dan gangguan yang berlaku di satu pasaran di Asia sebenarnya boleh merebak ke seluruh dunia,” kata beliau.

Sama ada China boleh mengendali satu pinjaman lembut selepas mengalami pertumbuhan ekonomi meledak akan menjadi tumpuan rundingan G20.

Seorang pegawai kerajaan Barat berkata simpanan China yang banyak dan keazaman untuk mengurangkan ekonominya daripada bergantung pada pelaburan dan eksport kerajaan kepada perbelanjaan pengguna domestik yang lebih seharusnya mencukupi untuk mengatasi masalah yang dihadapi sekarang.

ARTIKEL YANG SAMA