G7 bincang isu perang, jihad

G7 bincang isu perang, jihad

BERLIN, 5 Jun (AFP) – Kawasan pergunungan Alps Bavarian mungkin kelihatan tenang, tetapi kekacauan global – dari Ukraine sehingga kepada militan Islam dan krisis Greek – mendominasi agenda kemuncak negara-negara kaya Kumpulan Tujuh (G7), yang bakal berlangsung tanpa kehadiran Rusia.

Bermula Ahad ini, Canselor Jerman Angela Merkel akan menghoskan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan para pemimpin negara-negara kaya G&, dengan Presiden Rusia Vladimir Putin dikecualikan bagi kali ketiga daripada pakatan yang sebelum ini adalah G8.

Para pemimpin negara demokrasi maju terkemuka itu, yang akan bersidang selama dua hari pada permukiman Elmau Castle yang dikawal ketat, dan mempersoalkan tindakan Rusia menakluki Crimea dari Ukraine tahun lepas, menyebabkan Rusia dikecualikan dari kumpulan itu, sekurang-kurangnya untuk sementara waktu.

“Nilai-nilai yang sama dan pandangan mengenai demokrasi adalah apa yang menjadi simbol bagi G7,” kata Merkel semalam mengenai kemuncak kumpulan terbabit.

Para aktivis memasang belon dihiasi potret para pemimpin negara-negara yang akan menghadiri kemuncak G7 di Munich, selatan Jerman, pada 5 Jun 2015. – AFP
Para aktivis memasang belon dihiasi potret para pemimpin negara-negara yang akan menghadiri kemuncak G7 di Munich, selatan Jerman, pada 5 Jun 2015. – AFP

Bermula pada pagi Ahad ini, Merkel akan menghoskan Obama dengan beberapa acara sambutan tradisi Bavarian.

Mereka kemudian akan bersama-sama melawat kampung Kruen, dengan penduduk seramai 1,900, serta menemui penduduk setempat.

Para pemimpin G7 lain yang akan menghadiri kemuncak G7 ialah Perdana Menteri Britain David Cameron, Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper, PM Perancis Francois Hollande, PM Itali Matteo Renzi dan PM Jepun Shinzo Abe.