G7 diberi amaran

G7 diberi amaran

BEIJING, 26 Mei – Media negeri China mengingatkan negara Kumpulan Tujuh (G7) hari ini supaya jangan “campur tangan” dalam perbalahan Laut China Selatan, tatkala pemimpin daripada blok berkumpul untuk rundingan di Jepun.

Komen tersebut keluar tatkala Presiden Majlis Eropah Donald Tusk berkata mengenai isu sampingan sidang kemuncak di Ise-Shima bahawa blok harus mengambil “dasar yang jelas dan keras” mengenai tuntutan laut oleh China.

Beijing telah membangkitkan kemarahan beberapa negara jiran Asia Tenggara dengan menuntut hampir kesemua Laut China Selatan dan membina terumbu menjadi pulau tiruan yang berupaya menempatkan kapal terbang tentera.

Agensi berita China Xinhua menerbit satu artikel berkata G7 – yang tidak termasuk Beijing – “harus menjaga urusannya sendiri dan bukan menuduh orang lain.” Penulis Xinhua Chang Yuan menuduh Jepun “berusaha mengambil kesempatan ke atas status tuan rumah sidang kemuncak G7 dan menarik lebih banyak “sekutu dan pesimpati” untuk memulaukan China.”

Washington dan Tokyo – yang terbabit dalam satu perbalahan berasingan dengan Beijing disebabkan pulau di Laut China Timur – telah mengingatkan supaya jangan mencetuskan ketegangan di perairan yang dipertikaikan itu.

Kakitangan tempatan mempersiapkan sepanduk Sidang Kemuncak G7 di Pusat Media Antarabangsa di Ise, Wilayah Mie, barat Tokyo kelmarin. – AP
Kakitangan tempatan mempersiapkan sepanduk Sidang Kemuncak G7 di Pusat Media Antarabangsa di Ise, Wilayah Mie, barat Tokyo kelmarin. – AP

Chang menulis kata-kata sedemikian menunjukkan ‘agenda tersembunyi Jepun: untuk campur tangan dalam isu Laut China selatan”. Membabitkan isu Laut China Selatan “mengatasi pengaruh dan keupayaan G7. Tambahan lagi, ia mencerminkan minda Perang Dingin yang berlarutan,” tambah Chang.

Komen itu keluar sebelum satu keputusan dijangkakan dalam beberapa minggu mengenai tuntutan China yang dikemukakan di Mahkamah Penimbang Tara Tetap di Hague oleh Filipina. China telah mengingatkan parti luar supaya jangan campur tangan dalam Laut China Selatan, tetapi juga berusaha menarik negara seperti Niger, Togo dan Burundi dalam perbalahan tersebut, menegaskan mereka menyokongnya dalam penyingkiran tribunal. – AFP