G7 ‘perangi’ ancaman global

G7 ‘perangi’ ancaman global

ELMAU CASTLE, Jerman, 8 Jun (AFP) – Pemimpin-pemimpin dunia pada kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Jerman hari ini mengajak bagi persetujuan pembentukan barisan bersatu menentang ancaman keselamatan global termasuk kumpulan jihad sehingga kepada apa yang dikutuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai “pencerobohan Rusia di Ukraine.”

Sementara mengecualikan Presiden Rusia Vladimir Putin bagi kali ketiga, para pemimpin G7 turut menjemput yang lain dari kumpulan itu, termasuk Perdana Menteri Iraq dan Presiden Nigeria, yang negara mereka kini bertungkus-lumus menentang keganasan dicetuskan kumpulan pemberontak Islam.

Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi dijadualkan berbincang mengenai kempen diketuai Amerika syarikat untuk membantu negaranya memerangi kumpulan Negara Islam (IS) yang melancarkan serangan kilat setahun lepas serta berjaya menguasai sepertiga wilayah negara itu.

Abadi juga akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Obama untuk membincangkan kempen diketuai Washington untuk membantu Baghdad merampas balik wilayahnya yang dirampas militan IS.

Kemuncak tersebut yang diadakan dengan kawalan ketat di kawasan peranginan pergunungan Alps Bavarian, juga dijangka mengadakan rundingan mengenai “para pejuang asing” dan ancaman pelampau Islam ke atas negara mereka — Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan Amerika Syarikat.

Para pemimpin negara G7 termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Canselor Jerman Angela Merkel ketika menghadiri sesi kerja kedua pada kemuncak kumpulan negara itu di Elmau Castle di selatan Jerman pada 8 Jun 2015. – AFP
Para pemimpin negara G7 termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Canselor Jerman Angela Merkel ketika menghadiri sesi kerja kedua pada kemuncak kumpulan negara itu di Elmau Castle di selatan Jerman pada 8 Jun 2015. – AFP

Seorang lagi pelawat ke kemuncak itu, presiden baru Nigeria, Muhammadu Buhari, akan menyenaraikan “banyak masalah” kepada para pemimpin G7, bertujuan mendapatkan bantuan memerangi pemberontakan Boko Haram yang dipersalahkan ke atas kematian 15,000 orang sejak 2009.

Buhari sejak mula memerintah sudah diuji dengan 11 serangan berasingan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 93 orang pada minggu-minggu awal perkhidmatannya.

Hari pertama kemuncak G7 didominasi oleh konflik Ukraine, tatkala Obama dan hos kemuncak, Canselor Angela Merkel, menggesa masyarakat global sudah berdiri teguh menentang Moscow sehingga ia mematuhi perjanjian gencatan senjata Ukraine yang dimeterai di Minsk, ibu negara Belarus.

ARTIKEL YANG SAMA