G7 seru ‘dunia tanpa senjata nuklear’

G7 seru ‘dunia tanpa senjata nuklear’

HIROSHIMA, Jepun, 11 April (AFP) – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan menteri-menteri luar negeri menyeru bagi ‘dunia tanpa senjata nuklear’, memetik ancaman perang Korea Utara sebagai satu cabaran penting bagi mencapai matlamat itu.

“Kami menegaskan semula komitmen kami untuk mencari dunia yang lebih selamat bagi semua dan mencipta keadaan bagi sebuah dunia tanpa senjata nuklear dalam satu cara yang mempromosi kestabilan antarabangsa,” menurut kumpulan itu dalam ‘Deklarasi Hiroshima (Hiroshima Declaration)’, selepas satu lawatan penting ke memorial bom atom bandar Jepun. “Tugas itu menjadi lebih kompleks dengan persekitaran keselamatan yang semakin memburuk di beberapa buah rantau, seperti di Syria dan Ukraine, dan, terutamanya oleh provokasi berulang kali Korea Utara,” tambahnya.

Pada Sabtu, Pyongyang mengatakan ia sudah berjaya menguji satu enjin yang direka bagi peluru berpandu balistik antara-benua (ICBM) yang akan ‘menjamin’ serangan nuklear ke atas tanah besar AS. Ia adalah siri dakwaan terbaru daripada Korea Utara mengenai kecemerlangan signifikan dalam kedua-dua program peluru berpandu balistik dan senjata nuklearnya.

ARTIKEL YANG SAMA