Gabashvili kejutkan Andy Murray

Gabashvili kejutkan Andy Murray

WASHINGTON, 6 Ogos – Pilihan utama dari Britain, Andy Murray dikejutkan dengan kekalahan pertamanya menjelang Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat (AS) apabila tewas kepada Teymuraz Gabashvili di Terbuka Washington, hari ini.

Pemain di ranking ke-53 dunia dari Russia itu menewaskan Murray yang berada di ranking tiga dunia dengan catatan 6-4, 4-6, 7-6 (7/4) dalam tempoh dua jam 41 untuk melangkah ke pusingan ketiga.

Murray menjadi pemain di ranking paling baik dunia pernah ditewaskan Gabashvili sepanjang kariernya dan dijadual bertemu sama pemain Lithuania, Ricardas Berankis di pusingan berikutnya.

“Ia perlawanan yang sukar,” kata Murray. “Jelas sesuatu yang mengecewakan tidak menamatkan perlawanan di set ketiga apabila saya memiliki peluang.

“Bergelut dengan rentak di awal permainan. Ada beberapa perlawanan rali yang baik. Dia melakukan servis yang baik pada masa yang tepat, terutama pada set ketiga.”

Teymuraz Gabashvili (kiri) berjabat tangan dengan Andy Murray selepas permainan tamat di Pusat Tenis Rock Creek semalam. – Reuters
Teymuraz Gabashvili (kiri) berjabat tangan dengan Andy Murray selepas permainan tamat di Pusat Tenis Rock Creek semalam. – Reuters

Kekalahan di Washington adalah – buat Murray, 28 yang sebelum ini cemerlang membawa pasukan Piala Davis Britain ke peringkat separuh akhir dan mengaku banyak kerja yang perlu dilakukan menjelang Terbuka AS yang membuka tirainya pada 31 Ogos ini.

“Saya gembira dengan gerakan saya dan saya juga melakukan beberapa perkara di atas gelanggang. Ada beberapa perkara yang saya rasakan saya boleh melakukan peningkatan,” kata Murray.

Bagi Gabashvili, kejayaan menundukkan Murray menjadi kemenangan terbaiknya.

“Setiap kali kamu menewaskan Andy Murray 7-6 di set ketiga, ia adalah sesuatu yang istimewa, 100 peratus kemenangan terbaik saya,” katanya. – AFP