Gabbiadini mampu ganti tempat Milik

Gabbiadini mampu ganti tempat Milik

MILAN, 14 Okt – Kecederaan lutut menghantui penyerang Poland, Arkadiusz Milik, membuka peluang buat pemain simpanan, Manolo Gabbiadini mengemudi saingan gelaran Napoli dalam kempen Serie A, kata legenda penjaga gol Itali, Dino Zoff.

Napoli kini berada di tangga kedua liga dengan ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Juventus dan berdepan ujian besar pertama mereka sejak Milik dipinggirkan selama lebih enam bulan kerana kecederaan ligamen apabila pasukan itu menerima kunjungan Roma, esok.

Dengan Juve juga bakal melayan kunjungan Udinese di Turin, Napoli mampu mengecilkan jurang mata itu ketika berdepan Roma yang hanya ketinggalan satu mata di belakang mereka.

Gabbiadini sering kali dikecewakan musim ini apabila hanya diletakkan di bangku simpanan sejak Milik – pengganti kepada penyerang utama Juventus Gonzalo Higuain, sudah pun meledak empat gol dalam tujuh perlawanan liga dan tiga jaringan pada dua penampilannya di Liga Juara-Juara.

Namun legenda Itali, Zoff yang memegang portfolio penjaga gol Napoli selama lima musim sebelum berpindah ke Juventus pada tahun 1972 berkata: “Sekiranya Gabbiadini, saya percaya dia mampu, menggantikan Milik dan kemudiannya Napoli akan melancarkan semula pemburuan gelaran.”

Gabbiadini dipercayai mampu menggantikan tempat Milik mengemudi saingan gelaran Napoli dalam kempen Serie A. – AFP
Gabbiadini dipercayai mampu menggantikan tempat Milik mengemudi saingan gelaran Napoli dalam kempen Serie A. – AFP

“Empat mata itu banyak tetapi ia juga tidaklah terlalu jauh. Kita akan lihat apakah yang bakal berlaku pada bulan Oktober ini, ia mampu menjadi penentu.”

Bakal memikul tugas berkenaan bersama Dries Mertens dan Jose Callejon dalam strategi kegemaran Sarri, 4-3-3, ia kekal menjadi persoalan bagaimanakah corak permainan bakal ditampilkan Gabbiadini.

Milik amat mahir dalam kawasan sekitarnya manakala Gabbiadini pula lebih bersifat serba boleh apabila menerima peluang di bahagian serangan.

Sementara itu, ikon kelab, Francesco Totti mengharapkan Milik supaya pantas sembuh daripada kecederaan dialami namun dalam pada itu berkata: “Napoli tetap kekal kuat biarpun tanpanya. Saya jangkakan pasukan berdepan banyak kesukaran dalam perlawanan nanti.” – AFP