Gabenor AS minta penarikan semula ke atas Cuba

Gabenor AS minta penarikan semula ke atas Cuba

WASHINGTON, 15 Okt – Sembilan orang gabenor AS telah menghantar surat kepada Kongres meminta bagi penarikan balik pengetatan perjalanan, transaksi kewangan dan perdagangan yang telah dikanunkan sekatan 50 tahun ke atas Cuba.

“Tiba masanya Kongres untuk bertindak dan menarik balik sekatan yang menghalang perdagangan biasa antara negara kami dan Cuba,” surat itu menyatakan Selasa lalu yang ditujukan kepada pemimpin majoriti republik dalam Senat, Mitch McConnell; Presiden Majlis Perwakilan, Republikan John Boehner, para pemimpin minoriti kedua-duanya.

Teks itu – bertarikh 9 Oktober, mengingati bahawa pembelian pertanian dari Cuba kepada pengeluar-pengeluar AS telah berkembang selama bertahun-tahun, tetapi ia menyatakan bahawa ‘hubungan perniagaan yang berdaya tahan’ seharusnya tidak terbatas pada satu sektor atau transaksi sehala.

“Meskipun syarikat-syarikat pertanian boleh dengan sah mengeksport ke Cuba di bawah perundangan pada masa ini, pengetatan kewangan dikenakan oleh sekatan membataskan kemampuan syarikat-syarikat AS untuk menonjolkan diri mereka dalam pasaran Cuba,” menurut pihak-pihak yang menandatangani surat itu. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA