Gabenor Jakarta disyaki suspek senda agama

Gabenor Jakarta disyaki suspek senda agama

JAKARTA, 16 Nov – Gabenor Jakarta yang beragama Kristian secara rasmi hari ini dinamakan sebagai suspek dalam penyiasatan ke atas kata-kata yang mempersendakan agama, selepas dakwaan bahawa dia telah menghina Islam yang telah mencetuskan bantahan ganas beramai-ramai oleh orang Islam di bandar Indonesia itu.

Polis berkata dakwaan ke atas Basuki Tjahaja Purnama yang juga anggota pertama minoriti etnik Cina Jakarta yang menerajui Jakarta, seharusnya dibicarakan dan dia diarahkan tidak meninggalkan negara.

Kes itu dianggap sebagai ujian toleransi agama di negara di dunia yang paling ramai penduduk beragama Islam, yang mana meningkatkan serangan ke atas golongan minoriti telah menghakis reputasi kemajmukan dan para penganalisis berkata keputusan itu adalah satu ‘kegagalan’.

Kumpulan agama menuntut Purnama yang terkenal dengan nama gelaran Ahok dan pemimpin pertama bukan Islam dalam tempoh setengah dekad, supaya didakwa kerana dikatakan menghina Al-Quran ketika berkempen dalam pemilihan bagi jawatan gabenor.

Gabenor itu yang pada masa ini disebut-sebut akan memenangi pengundian telah menuduh para pesaingnya menggunakan ayat Al-Quran yang mengatakan umat Islam seharusnya tidak memilih orang bukan Islam sebagai pemimpin, untuk memperdaya orang ramai supaya mengundi menentangnya.

Dakwaan menghina agama itu telah mencetuskan banyak kemarahan dalam kalangan umat Islam – yang bersederhana dan berpendirian keras – dan lebih 100,000 orang keluar ke jalan raya di Jakarta pada 4 November menuntut supaya Purnama didakwa, dengan tunjuk perasaan bertukar ganas kemudian.

Selepas penyiasatan panjang yang melibatkan menyoal siasat ramai saksi, ketua penyiasat polis negara Ari Dono memberitahu para pemberita “Basuki Tjahaja Purnama dinamakan sebagai suspek.”

Ketua polis negara Tito Karnavian mengakui timbul ‘pendapat yang bertentangan’ dan keputusan bukan sebulat suara, tetapi menambah kata para penyiasat membuat kesimpulan kes itu seharusnya dibicarakan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA