‘Gabigol’ sertai Inter

‘Gabigol’ sertai Inter

MILAN, 31 Ogos – Inter Milan mengesahkan mereka sudah menandatangani penyerang muda Brazil, Gabriel ‘Gabigol’ Barbosa daripada kelab Brazil, Santos bagi perjanjian selama lima tahun.

“Gabigol adalah pemain Inter. Penyerang yang masih segar daripada kemenangan emas Olimpik bersama Brazil itu menandatangani kontrak lima tahun bersama Nazzurri sehingga Jun 2021,” kata satu kenyataan oleh gergasi Serie A itu.

Inter tidak mendedahkan maklumat kewangan mengenai perjanjian itu. Bagaimanapun laman web Gazzetta dello Sport melaporkan Inter membayar kelab Brazil sebanyak 23.5 juta pound.

Gabriel menandatangani kontrak bersama kelab Itali itu pada ulang tahun kelahiran ke-20 selepas mempamer persembahan mengagumkan selama empat tahun bersama Santos, bekas kelab bintang Barcelona dan rakan senegara, Neymar Jr.

‘Gabigol’ meninggalkan Santos dan menyertai Inter Milan dengan kontrak lima tahun. – AFP
‘Gabigol’ meninggalkan Santos dan menyertai Inter Milan dengan kontrak lima tahun. – AFP

Gaya permainan Gabriel digambarkan seperti ‘Neymar seterusnya’. Dia juga dipanggil menyertai skuad Brazil bagi menggantikan bintang Barcelona itu yang digantung ketika itu bagi kelayakan Piala Dunia 2018 pada awal tahun ini.

Gabriel yang memenangi dua gelaran teratas liga Brazil bersama Santos, tampil dalam perlawanan antarabangsa pertama pada 29 Mei. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA