‘Gabigol’ wira baru skuad Brazil

‘Gabigol’ wira baru skuad Brazil

RIO DE JANEIRO, 11 Ogos – Wira baru bola sepak Brazil Gabriel Barbosa menggelar malam kemenangan sebagai ‘fantasi’ selepas menjaringkan dua gol untuk menebus rasa malu penyingkiran awal Olimpik di laman sendiri dengan membelasah Denmark 4-0 kelmarin.

Barbosa, dengan nama samaran ‘Gabigol’ kerana penguasaan prolifk bersama Santos, memecah kebuntuan kemarau jaringan 200 minit Brazil selepas seri menentang Iraq dan Afrika Selatan untuk mengekalkan laluan pemburuan pingat emas bola sepak pertama.

“Kami menunjukkan kesabaran. Itu penting dan fantasi tiba,” kata Barbosa, sasaran utama bagi kelab-kelab Eropah dengan pasukan juara Liga Perdana Leicester City mendahului senarai.

Pemain baru Manchester City, Gabriel Jesus kemudian menyempurnakan voli bagi gol kedua sebelum Luan dan gol kedua Barbosa memberikan malam selesa bagi pasukan tuan rumah.

“Ia adalah kemenangan yang indah. Dua perlawanan pertama kami tidak bermain dengan teruk, tetapi jaringan tidak hadir dan kadangkala peminat hanya fokus kepada keputusan,” tambah Barbosa.

pg23_160812_olympic logo

Gabriel (atas) meraikan jaringan bersama Neymar semasa menentang Denmark dalam aksi Kumpulan A di Stadium Arena Fonte Nova di Salvador, kelmarin. – AFP
Gabriel (atas) meraikan jaringan bersama Neymar semasa menentang Denmark dalam aksi Kumpulan A di Stadium Arena Fonte Nova di Salvador, kelmarin. – AFP

Kejayaan juga sudah cukup untuk menjamin kedudukan teratas dalam Kumpulan A untuk pertemuan suku akhir menentang Colombia Sabtu ini.

Brazil sekarang belum pernah tewas dalam 14 perlawanan di Salvador dan mereka menerima sambutan hangat di dalam dan luar padang di timur laut berbanding dua perlawanan di Brasilia sebelum ini dengan suhu hampir mencecah 30 darjah yang menghangatkan penyokong.

Neymar sebagai pemain emas Brazil sudah berlalu dan beraksi hambar sejak seminggu lalu dengan kapten pasukan wanita kebangsaan, Marta merampasnya sebagai pemain kesayangan negara selepas mempamerkan beberapa persembahan menarik.

Bagaimanapun, dia menyerlah dalam peranan sokongan bagi bintang serangan Brazil yang lain untuk mendapatkan jaringan. – AFP