Gabon nafi bayar Messi letak batu asas stadium

Gabon nafi bayar Messi letak batu asas stadium

LIBREVILLE, 22 Julai – Presiden Gabon semalam menafikan membayar Pemain Terbaik Dunia Lionel Messi berjuta-juta dolar untuk meletakkan batu asas stadium Piala Negara-Negara Afrika 2017 hujung minggu lalu.

“Republik Gabon menafikan membayar atau berjanji akan membayar sekian jumlah wang kepada pemain bola sepak antarabangsa Argentina Lionel Messi,” kata presiden dalam satu kenyataan.Jutawan berusia 28 tahun itu, yang hadir dalam sepasang seluar pendek koyak dan wajah tidak bercukur, berkunjung ke Port-Gentil, ibu negeri ekonomi negara atas jemputan Presiden Ali Bongo, menurut kenyataan.

Messi ‘mengiringi pemimpin negara itu ke Port-Gentil untuk meletakkan batu asas stadium masa depan di bandar itu, mengikut perspektif kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2017 yang dianjurkan oleh Gabon,” tambah kenyataan.

Kehadiran Messi pada acara itu telah mencetuskan kontroversi di media sosial, dengan ramai penduduk Gabon menyoal kos lawatannya ke sebuah negara di mana satu pertiga daripada penduduk hidup di bawah garis kemiskinan, meskipun negara tersebut kaya dengan sumber minyak. Akhbar mingguan bola sepak berpengaruh France Football memburukkan lagi keadaan Isnin lalu apabila mendakwa pemain Barcelona itu telah menerima 3.5 juta euro untuk kehadirannya.

Kontroversi yang menyelubunyi lawatan Messi timbul susulan daripada kekecewaan kedua penyerang itu dalam final dengan pasukan kebangsaan apabila tewas penalti kepada negara tuan rumah Chile dalam Copa America 4 Julai lalu selepas kalah kepada Jerman dalam masa tambahan final Piala Dunia tahun lalu.

Messi (tengah) ditemani oleh Presiden Gabon, Ali Bongo Ondimba (kanan) untuk menjelajah sekitar kawasan pembinaan Stadium Port-Gentil 18 Julai lalu. - AFP
Messi (tengah) ditemani oleh Presiden Gabon, Ali Bongo Ondimba (kanan) untuk menjelajah sekitar kawasan pembinaan Stadium Port-Gentil 18 Julai lalu. – AFP

“Tindakan bagus atau komunikasi cemerlang untuk Ali Bongo?”, seorang individu tertanya-tanya di Twitter, di bawah gambar presiden Gabon dekat stereng sebuah Jeep Mercedes yang dipandu menerusi jalan yang penuh dengan orang awam di Libreville, dengan Messi di sebelahnya di tempat duduk penumpang. – AFP