Gabon ‘tendang’ pemain tiada disiplin

Gabon ‘tendang’ pemain tiada disiplin

PARIS, 10 Nov – Pemain tengah Gabon Didier Ndong telah digugurkan daripada senarai skuad negaranya ke kelayakan Piala Dunia semalam, sebelum dihantar pulang ke kelabnya di Liga Perdana Inggeris, Sunderland selepas gagal melaporkan diri bagi mewakili skuad kebangsaan.

Persekutuan Bola Sepak Gabon menuduh pemain berusia 22 tahun itu gagal menyatakan alasan gagal menghadirkan diri pada sesi latihan menjelang kelayakan pada Sabtu ini menentang Mali di Bamako, biarpun dia berada di Libreville sejak Isnin lalu.

“Akibatnya, Persekutuan Bola Sepak Gabon (Fegafoot) memutuskan untuk menghantar pemain ini semula ke Sunderland,” kata Fegafoot dalam satu kenyataannya kelmarin..

“Dia tidak mengemukakan alasan mengapa dia tidak menyertai skuad dan semua percubaan untuk menghubunginya juga gagal.”

Gabon kini berada di kedudukan kedua Kumpulan C dengan satu mata dan berada di belakang Ivory Coast.

Hanya pemenang kumpulan pada pusingan kelayakan akan mara ke Piala Dunia 2018 di Rusia. – AFP