Gabriel Jesus...

Gabriel Jesus patah kaki

LONDON, 15 Feb – Penjaring sensasi Manchester City Gabriel Jesus patah kaki, kata kelab itu semalam sehingga mencetuskan ketakutan dia mungkin tidak akan beraksi dalam perlawanan selebihnya musim ini.

Penyerang berusia 19 tahun itu yang menjaringkan tiga gol dalam lima perlawanan sejak menyertai City Januari lalu, mengalami ‘keretakan metatarsal’ ketika menentang Bournemouth pada Isnin lalu.

Dia dikeluarkan pada minit ke-15 dalam kemenangan 2-0 yang melonjakkan City ke tangga kedua Liga Perdana. Bagaimanapun, City tidak berkata berapa lama Jesus akan direhatkan.

“Dia akan menjalani pemeriksaan lanjut dalam masa beberapa hari untuk melanjutkan rehatnya,” kata kenyataan kelab.

Media British melaporkan Jesus menjalani imbasan semalam dan mendedahkan mengenai keretakan tersebut. Dia digambarkan berjalan di Manchester dengan kasut perlindungan.

Gabriel Jesus mengerang menahan sakit semasa cedera menentang Bournemouth untuk aksi Liga Perdana, 13 Februari lalu. – AP
Gabriel Jesus mengerang menahan sakit semasa cedera menentang Bournemouth untuk aksi Liga Perdana, 13 Februari lalu. – AP

City membayar kelab Brazil Palmeiras 27 juta pound (AS$33 juta) untuk mendapatkan khidmat Jesus.

Penyerang itu menjaringkan gol di West Ham dan dua kali ketika menentang Swansea dan Jesus berharap untuk menjadi pemain City ketiga selepas Emmanuel Adebayor dan Kevin de Bruyne masing-masing menjaringkan gol dalam tiga permulaan persaingan Liga Perdana.

Pengurus City Pep Guardiola berkata selepas perlawanan menentang Bournemouth itu bahawa dia “berdoa” kecederaan tersebut tidak akan berada dalam keadaan serius.

Impak yang dihasilkan pemain dari Brazil tersebut begitu dramatik di mana laporan menyatakan pemain penyerang dari Argentina Sergio Augero akan meninggalkan Citizens.

Aguero diturunkan untuk menggantikan Jesus di Bournemouth dan sekarang bersedia untuk mendapatkan tempatnya kembali sebagai penyerang nombor satu.

Kecederaan tersebut adalah tamparan kepada City ketika kempen Liga Perdana bertambah hebat dan mereka bertemu Monaco dalam 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara minggu depan. – AFP