Gabriel Jesus sertai Man City

Gabriel Jesus sertai Man City

LONDON, 4 Ogos – Manchester City mengikat penyerang Brazil berusia 19 tahun, Gabriel Jesus dari Palmeiras dengan kontrak selama lima tahun, umum kelab itu kelmarin.

Jesus yang dilaporkan bernilai 27 juta pound akan kekal di Palmeiras sehingga Disember depan sebelum berpindah ke Manchester pada Januari. Dia ketika ini bersama skuad Brazil bagi mengharungi saingan Olimpik Rio 2016.

Pengumuman mengenai Jesus itu hadir sehari selepas City mengesahkan menandatangani pemain antarabangsa Jerman, Leroy Sane dari Schalke 04 yang menelan belanja sebanyak 37 juta pound.

Jesus akan menyertai Ilkay Gundogan, Nolito, Oleksandr Zinchenko, Aaron Mooy dan Sane sebagai pemain baharu yang di bawa masuk Guardiola sejak mengambil alih tugas pengurus daripada Manuel Pellegrini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA