Gabriel, Jonas wira Brazil benam Panama

Gabriel, Jonas wira Brazil benam Panama

LOS ANGELES, 30 Mei – Pemain muda yang semakin meningkat, Gabriel menjaringkan gol kemunculan ketika Brazil membuat pemanasan bagi persaingan Copa America Centenario semalam dengan kemenangan 2-0 ke atas Panama.

Gabriel yang dikenali sebagai ‘Gabigol’ membuktikan bakatnya dengan tenang menyudahkan gol kedua Brazil pada minit ke-73 sejurus selepas menggantikan pemain penyerang veteran, Jonas sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

Pemain penyerang Santos, Gabriel, 19, dilihat sebagai pewaris kepada Neymar, yang juga beraksi bagi kelabnya bagi pasukan Brazil sebelum pertukarannya ke Barcelona pada 2013.

Pemain muda itu, yang menjaringkan 19 gol dalam 74 kemunculan bagi Santos sejak 2013, dihubungi bagi menyertai skuad senior Brazil pada Mac lalu tetapi menjadi pemain gantian yang tidak digunakan.

Bagaimana pun, dia tidak membuang masa dalam menandakan kemunculannya selepas diperkenalkan oleh pengurus, Dunga bagi kemunculan pertamanya di Denver’ Dick’s Sporting Goods Park semalam. Pemain muda itu menyudahkan menerusi bola liar dalam kawasan penalti, mendapatkan satu sentuhan untuk mengawal dan kemudian meledakkan penyudah leret menewaskan penjaga gol Panama, Jaime Penedo sebelum meluru ke kawasan Brazil untuk memeluk pengurus pasukan, Dunga.

Aksi pemain dari kedua-dua pasukan dalam perlawanan persahabatan tersebut. Brazil membuat pemanasan bagi persaingan Copa America Centenario semalam dengan kemenangan 2-0 ke atas Panama.
Aksi pemain dari kedua-dua pasukan dalam perlawanan persahabatan tersebut. Brazil membuat pemanasan bagi persaingan Copa America Centenario semalam dengan kemenangan 2-0 ke atas Panama.

Sebelumnya, pemain penyerang Benfica, Jonas memberikan jaringan pendahuluan Brazil selepas hanya dua minit untuk meneruskan rentaknya dari musim kelab Eropah.

Jonas dipanggil semula ke skuad Brazil pada Mac lalu selepas empat tahun dalam kesukaran berikuan kap terakhirnya pada 2012, menyudahkan sepakan leret lintang dari pemain Atletico Mineiro, Douglas Santos untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Pemain penyerang itu, 32 yang menamatkan musim ini dengan salah satu rekod penjaring terbaik di Eropah dengan 34 gol dalam semua persaingan adalah tambahan yang lewat kepada skuad Copa America, Brazil selepas kecederaan melanda Ricardo Olivieria awal bulan ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA