Gabriel mungkin milik City

Gabriel mungkin milik City

LONDON, 29 Julai – Gabriel Jesus, yang menjadi sasaran Manchester City, kini semakin hampir melengkapkan perpindahan keluar dari Palmeiras, namun belum mengesahkan destinasinya.

Penyerang berusia 19 tahun itu yang kini bersama skuad Olimpik Brazil, turut dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United, Real Madrid, Barcelona dan Juventus.

Walaupun tumpuannya lebih kepada kejohanan di negaranya selaku tuan rumah Olimpik Rio, beliau berjanji destinasinya akan diketahui tidak lama lagi. “Masa depan saya hampir dimuktamadkan.

Keluarga, wakil saya dan Palmeiras tahu ke mana saya mahu pergi, tetapi sekarang saya betul-betul fokus untuk memenangi emas bersama negara saya. Perjanjian itu hampir selesai tetapi saya benar-benar perlu fokus di sini.

“Sebelum saya datang ke sini, saya dalam rundingan tetapi kini saya menyerahkan kepada ibu bapa dan ejen.

Tidak lama lagi keputusan saya akan diketahui,” katanya. Jesus sudah menjaringkan 19 gol dalam 31 ​​perlawanan untuk Palmeiras tahun ini. – Agensi

Gabriel ketika bercakap pada sidang akhbar pasukan Olimpik di Stadium Dourada Serra di Goiania, Goi-as Negeri, Brazil, menjelang Rio 2016, semalam. Gabriel yang menjadi sasaran Manchester City, kini se-makin hampir melengkapkan perpindahan keluar dari Palmeiras, namun belum mengesahkan desti-nasinya. - AFP
Gabriel ketika bercakap pada sidang akhbar pasukan Olimpik di Stadium Dourada Serra di Goiania, Goi-as Negeri, Brazil, menjelang Rio 2016, semalam. Gabriel yang menjadi sasaran Manchester City, kini se-makin hampir melengkapkan perpindahan keluar dari Palmeiras, namun belum mengesahkan desti-nasinya. – AFP