Gabungan lant...

Gabungan lantai kayu, jubin heksagon

PEMILIHAN kemasan lantai yang tepat bukan sahaja memberi lebih keselesaan tatkala kaki melangkah tetapi ia mampu menyerlahkan lagi aura sesebuah kediaman.

Justeru pemilihan secara bijak perlu dilakukan agar identiti dan konsep yang mahu digayakan pemilik berjaya dilahirkan dengan sempurna.

Biar apa pun material kemasan lantai yang digemari, pemilik harus memastikan ia diperbuat daripada bahan yang kukuh dan tahan lama. Lantai juga memerlukan penjagaan yang rapi agar kualitinya sentiasa terpelihara.

pgm17_170107_g

pgm17_170107_a

pgm17_170107_b

Namun jarang sekali dilihat pengolahan kemasan lantai pada kediaman masa kini menggabungkan dua ciri jubin dan lantai kayu, tapi kebanyakan pemilik kediaman dan pereka luar negara telah melakukan satu tranformasi pemisahan ruang dengan sesuatu yang lebih menarik.

Peralihan lantai kayu, juga dikenali sebagai peralihan jubin, adalah trend rekaan baru yang bercirikan jubin dan kayu keras dalam ruang yang sama.

pgm17_170107_d

pgm17_170107_c

Peralihan itu memang sesuai dengan ruang yang bersegmen malah sebaliknya membolehkan dua material kemasan lantai bergabung dan bercampur baur.

Trend itu, sebelumnya hanya dilihat di kafe-kafe dan restoran seluruh dunia, kini ia mula diterima pakai dan digunakan pada kediaman.

Salah satu kombinasi paling popular adalah yang bercirikan jubin heksagon dan lantai kayu (flooring), bagaimanapun, terdapat banyak cara lagi untuk memperluaskan idea gabungan itu di rumah anda.