Gabungan mantap Hybrid Movement-X45 CrossFit Kinabalu

Gabungan mantap Hybrid Movement-X45 CrossFit Kinabalu

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Okt – Kejohanan Manila Throwdown Team Edition 2015 yang dianjurkan oleh CrossFitManila (CFMNL) dengan diterajui oleh pengarahnya, Miguel Dy Buncio, berlangsung pada 24 Oktober lepas di The Tent-­Estet Acacia, di San Dimas Avenue, Metro Manila.

Acara selama sehari itu berjaya menarik penyertaan kira-kira 150 pasukan dan 450 atlet dari negara tuan rumah Filipina, Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Singapura.

Selepas bertanding dalam Kategori Individu sejak dua tahun lepas, Pengasas Hybrid Movement dan Ketua Jurulatihnya, Darren Chai bergabung tenaga dengan rakan atlet Malaysia dari X45 CrossFit Kinabalu, gabungan CrossFit di Kota Kinabalu, Sabah – dengan dua pesertanya Howard Ming dan Faith Cham.

Pasukan itu yang dikenali sebagai ‘Sexy Bananas’ menyudahkan persaingan dengan menduduki tempat ketujuh dalam Divisyen Terbuka (RX) yang menyaksikan sebanyak 24 pasukan bertanding.

Ketika menjelaskan mengenai prestasi pasukannya, Darren menjelaskan: “Ini adalah kali pertama saya menyertai pasukan bertanding bagi CrossFit dan ia satu pengalaman hebat bagi saya kerana berganding bahu dengan atlet terkemuka dari Kota Kinabalu, Sabah.

Darren Chai dari Hybrid Movement dan Howard Ming dari X45 CrossFit Kinabalu.
Darren Chai dari Hybrid Movement dan Howard Ming dari X45 CrossFit Kinabalu.

“Strategi pasukan adalah berbeza dari pertandingan individu kerana ia memerlukan pemahaman kekuatan dan kelemahan sesama kami demi memastikan prestasi terbaik pasukan.

“Saya gembira dengan meraih kedudukan ketujuh, kerana kami layak bagi tugasan final lapan teratas daripada 24 pasukan dan secara asasnya berkongsi gelanggang yang sama dengan para atlet dalam lingkungan rantau Asia. Saya setentunya bersedia bila-bila masa untuk mengambil bahagian dalam pertandingan pasukan di masa depan,” tegas Darren lagi.

Jurulatih Hybrid Movement, Stephanie Liew turutmengambil bahagian dalam pertandingan dengan para atlet dari GetFit Crossfit, Negara Brunei Darussalam – selain Husni Damit dan Shaun Lim.

Pasukan beliau, Habanero Unicorn, meraih tempat ke-13 dari sejumlah 24 pasukan dalam Divisyen RX. Satu lagi Pasukan Brunei mewakili Reebok CrossFit 673 berjaya menduduki tempat ketiga dalam Manila Throwdown Team Edition 2015. Pasukan tersebut diketuai oleh Ketua Jurulatih, Michael Mogard bersama-sama rakan sepasukan, Nadzri Harif dan Melanie Lim.

ARTIKEL YANG SAMA