Gadis lapan tahun maut ditembak di Miami

Gadis lapan tahun maut ditembak di Miami

MIAMI, 31 Ogos – Polis berkata seorang gadis berusia lapan tahun yang ditembak di bahagian kepala oleh penembak yang menaiki kereta telah meninggal dunia.

Polis Miami-Dade Det. Dan Ferrin mengesahkan kematian Jada Page ini dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Page berdiri berhampiran pintu di hadapan sebuah rumah petang Ahad apabila seseorang yang memakai baju serba hitam, dengan menaiki sebuah kereta sedan mula menembak bapa kepada mangsa.

Bapa mangsa berusia 32 tahun ditembak beberapa kali di bahagian badan. Beliau telah disahkan dalam keadaan stabil.

Polis masih mencari maklumat mengenai kenderaan dan suspek yang berkemungkinan terlibat dalam penembakan tersebut. – AP