Gaduh besar di perkuburan Moscow

Gaduh besar di perkuburan Moscow

MOSCOW, 17 Mei (NNN) – Tiga orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pergaduhan besar-besaran di tanah perkuburan terbesar di Moscow yang menurut saksi tercetus akibat permusuhan di antara kumpulan-kumpulan etnik yang bersaing untuk mengawal perniagaan khidmat pengebumian.

Kira-kira 200 orang, beberapanya dilengkapi dengan senjata api dan beberapa senjata lain, turut serta dalam perkelahian itu di barat daya Moscow dan lebih daripada 90 orang ditahan selepas polis rusuhan membubarkan perkelahian itu, menurut polis dan beberapa saksi.

Jabatan kesihatan bandar Moscow berkata tiga orang telah terbunuh dan 23 lagi berada di hospital, empat daripadanya mengalami cedera parah.

Gambar-gambar yang disiarkan di media sosial menunjukkan lelaki-lelaki muda memegang batang-batang besi, kayu besbol apabila mereka berlari ke dalam pertempuran.

Agensi berita RIA memetik sebagai berkata seorang pegawai tanah perkuburan, orang dari rantau Chechnya dan Dagestan telah menyerang penghijrah dari bekas Soviet Uzbekiztan dan Tajikistan bekerja di sana, cuba untuk mengambil alih pekerjaan mereka.

Penyiasat polis menyiasat di tempat kejadian pergaduhan yang telah menyebabkan kematian tiga orang. – AP
Penyiasat polis menyiasat di tempat kejadian pergaduhan yang telah menyebabkan kematian tiga orang. – AP

Memetik sumber polis, agensi berita TASS berkata etnik Chechen, Dagestan, Uzbeks dan Tajik adalah dalam kalangan yang ditahan.

Kementerian Dalam Tajikistan akan menghantar pakar terkemuka ke Moscow dalam menangani jenayah terancang di negara bekas Soviet Union itu untuk membantu menyiasat insiden tersebut, jurucakap polis Rusia, Irina Volk berkata.

Datuk Bandar Moscoe, Sergei Sobyanin berkata dalam akaun Twitternya bahawa tiada seorang pun yang bertanggungjawab atas perkara itu akan terlepas.