Gagal bayar $43,000, berdepan penjara

Gagal bayar $43,000, berdepan penjara

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Ogos – Kerana memiliki 72 karton dan 460 paket rokok pelbagai jenama yang tidak dikenakan cukai, seorang lelaki tempatan dijatuhi denda $43,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Sofian bin Mokti, 39, dari STKRJ Kampung Tungku didakwa memiliki rokok-rokok itu dalam keretanya di kawasan Pos Kawalan Kuala Lurah pada 8 Mei 2015 kira-kira jam 4:25 petang.

Kertas pertuduhan menyebut, defendan yang memasuki pos kawalan berkenaan dari Limbang bersama empat penumpang telah ditahan oleh pegawai kastam yang bertugas dan bertanya sama ada defendan membawa barang-barang yang ingin diisytiharkan.

Defendan menjawab ‘tidak ada’, namun hasil pemeriksaan telah menemukan rokok-rokok itu disembunyikan di beberapa bahagian kereta yang dipandunya.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memberi tempoh sembilan bulan kepada defendan untuk membayar denda, dan jika gagal berdepan 14 bulan penjara.

pg06_150820_mahkamah logo

ARTIKEL YANG SAMA