Gagal bayar denda rokok, lelaki India kena penjara 8 bulan

Gagal bayar denda rokok, lelaki India kena penjara 8 bulan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160905_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Sept – Seorang lelaki warga India terpaksa meringkuk di penjara selama lapan bulan selepas dia gagal untuk membayar denda $21,000 yang dijatuhi Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki rokok seludup.

Mohamed Rifay Abusalih, 36, yang merupakan jurujual di sebuah perusahaan mengaku bersalah kerana memiliki 57 karton dan 13 paket rokok pelbagai jenama di dalam keretanya, dan juga di rumahnya di Kampung Tanjung Bunut pada 1 September 2016. Defendan ditahan oleh pegawai pencegah kastam kerana didapati menjual rokok-rokok itu kepada orang awam.

Defendan mengaku membeli rokok-rokok itu daripada seorang lelaki berbangsa Cina yang dikenali sebagai ‘bos’. Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin memerintahkan hukuman berkuat kuasa segera.

ARTIKEL YANG SAMA