Gagal bayar denda, wanita meringkuk dipenjara

Gagal bayar denda, wanita meringkuk dipenjara

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160504_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mei – Seorang wanita tempatan telah diarahkan menjalani hukuman penjara selama 12 bulan, bermula hari ini, apabila gagal membayar denda $20,000 yang dijatuhi Mahkamah Majistret atas kesalahan memiliki rokok dan minuman keras tanpa permit.

Norsita binti Mohammad, 38, mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain atas dakwaan memiliki 57 karton rokok dan enam botol minuman keras pada 29 April 2016.

Dia melakukan kesalahan itu di Pos Kawalan Kastam Kuala Lurah apabila pegawai kastam menemui barang-barang tanpa permit itu di tempat duduk penumpang belakang.

Pegawai Pendakwa Kastam memaklumkan mahkamah bahawa duti eksais bagi rokok itu ialah $2,680 manakala bagi minuman keras ialah $34.

Defendan mengaku membeli barang-barang itu di Limbang pada harga $350.

ARTIKEL YANG SAMA