Gagal elak bas mini, penunggang motosikal maut

Gagal elak bas mini, penunggang motosikal maut

KOTA KINABALU, 27 Jun (Bernama) – Seorang pemandu bas pelancong maut selepas motosikal yang ditunggangnya gagal mengelak sebuah bas mini yang sedangmembuat pusingan U di Jalan Lintas, berhampiran Iramanis, malam tadi.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dikenali sebagai Yusri Ag Yusof, 32.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata kejadian berlaku ketika mangsa yang datang dari arah Lintas menuju Inanam gagal mengelak bas mini berkenaan yang dikatakan cuai membuat pusingan U di lokasi kejadian.

Akibat kejadian itu, Yusri maut di tempat kejadian manakalapemandu bas mini yang datang dari arah Bukit Padang itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987.

ARTIKEL YANG SAMA