Gagal tanpa persetujuan

Gagal tanpa persetujuan

DOHA, 18 April (AFP) – Perbincangan di Doha semalam diantara negara–negara penghasil minyak utama untuk meningkatkan persetujuan bagi menghentikan penghasilan berakhir tanpa sebarang persetujuan, kata menteri tenaga Qatar.

Mohammed bin Saleh al-Sada berkata penghasil-penghasil minyak membuat kesimpulan selepas enam jam perbincangan tegang di mana mereka memerlukan “lebih banyak masa”. “Kesimpulan umum adalah kami memerlukan lebih banyak masa untuk mengadakan perbincangan di kalangan kami dalam OPEC dan penghasil bukan OPEC,” kata Sada.

Kekurangan persetujuan bermakna semua mata akan menumpukan ke atas pasaran dan bagaimana reaksi mereka dalam perdagangan pagi ini. Di tanya jika dia bimbang mengenai reaksi pasaran, Sada berkata terdapat “banyak faktor” yang mempengaruhi harga dan mendakwa fundamental terhadap pasaran minyak adalah “positif”.

Mohammed bin Saleh al-Sada mengadakan sidang akhbar semasa mesyuarat di antara negara-negara pengeluar minyak utama pada Ahad lalu di ibu negara Qatar, Doha. – AFP
Mohammed bin Saleh al-Sada mengadakan sidang akhbar semasa mesyuarat di antara negara-negara pengeluar minyak utama pada Ahad lalu di ibu negara Qatar, Doha. – AFP

Dia juga menambah bahawa pasaran adalah “lebih sihat” selepas persetujuan pembekuan penghasilan pada Februari lalu oleh Arab Saudi, Rusia, Venezuela dan Qatar. Persetujuan yang sama secara meluasnya dijangka menjelang mesyuarat semalam tetapi ketika perbincangan membawa sehingga malam, ia semakin jelas masih terdapat ketidakpersetujuan fundamental bagi pembekuan dikalangan 18 buah negara di Doha.

Begitu juga dengan negara–negara di meja bulat di Doha, impak terhadap Iran yang tidak menghadiri perbincangan itu dan bantahan pembekuan selepas muncul dari sekatan selama beberapa tahun, juga dirasakan. Ditanya jika Tehran menjadi tumpuan perbincangan, Sada berkata penyertaan Iran telah menjadikan sebarang pembekuan lebih efektif.

‘Kami menghormati kedudukan mereka (Iran)…pembekuan akan lebih efektif jika penghasilan utama termasuk Iran dilibatkan sama,’ kata Sada. ‘Ia akan membantu mengimbangi pasaran.”