Gajah Afrika catat penurunan paling teruk

Gajah Afrika catat penurunan paling teruk

JOHANNESBURG, 26 Sept – Bilangan gajah Afrika telah menurun kira-kira 111,000 dalam tempoh dekad lalu, menurut laporan baru dikeluarkan semalam pada persidangan Johannesburg berhubung dagangan hidupan liar, dengan menyalahkan bilangan meningkat pemburuan haram.

Pendedahan itu menunjukkan penurunan paling teruk dalam tempoh 25 tahun, dibuat di tengah percanggahan pendapat pada hari kedua pertemuan sejagat itu berhubung cara terbaik bagi memperbaiki kehidupan getir gajah-gajah Afrika, yang menjadi sasaran dalam pengambilan gadingnya.

Namibia dan Zimbabwe mahu dibenarkan menjual simpanan gading yang diperolehi dari kematian semula jadinya, bagi membiayai usaha pemuliharaan komuniti gajah, Menteri Persekitaran Zimbabwe Oppah Muchinguri menolak ‘dasar imperialistik’ negara-negara yang membantah, dengan mengecap mereka “dengan jelas melanggar hak kedaulatan negara-negara.”

Berdasarkan daripada 275 anggaran dari seluruh benua, laporan yang dikeluarkan semalam oleh kumpulan pemuliharaan IUCN meletakkan bahawa jumlah populasi gajah Afrika adalah pada kira-kira 415,000, penurunan kira-kira 111,000 dalam tempoh satu dekad yang lalu. – AFP

Sebuah arca oleh Tabung Antarabangsa bagi Kebajikan Haiwan (IFAW) bertajuk “Hidup dan Bebas” yang dibuat oleh pengukir Daniel Jansen van Vuuren, dipamerkan di Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora (CITES) yang diadakan di Sandton, Johannesburg, kelmarin. – AP