Gajah bergading luar biasa ditemui di Sabah

Gajah bergading luar biasa ditemui di Sabah

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Seekor gajah pigmi dengan gadingnya tumbuh ke bawah daripada sebaliknya ke atas yang kelihatannya seperti harimau bergigi runcing telah ditemui di Malaysia, menurut pegawai hidupan liar kepada AFP hari ini.

Haiwan yang kelihatan luar biasa itu ditemui oleh sepasukan pakar hidupan liar di sebuah ladang minyak kelapa sawit di negeri Sabah, Malaysia, pulau Borneo kelmarin.

“Ia adalah haiwan luar biasa,” kata penolong pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Sen Nathan.

“Kami sebenarnya tidak pasti kenapa gading itu kelihatan sebegitu tetapi ia boleh jadi akibat kecacatan sejak lahir atau kemungkinan kerana pembiakbakaan dalaman. Seekor gajah serupa turut dikesan beberapa tahun yang lalu dan pada 2015 di Sabah, kata Nathan.

Jabatan hidupan liar merancang untuk menghantar haiwan itu ke tempat perlindungan gajah di Sabah pada Sabtu hingga sebuah kawasan sesuai di hutan telah ditemui tempat ia akan dibebaskan dengan pemasangan satu alat pengesan.

“Gading itu menyerupai harimau bergigi runcing, namun sudah tentu, ia tidak berkaitan,” kata Andrew Sebastian, pengasas bersama Ekopelancongan dan Pemuliharaan Masyarakat Malaysia.

“Ia boleh menjadikan penyaksian hidupan liar di Sabah lebih menarik.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA