Gajah liar bu...

Gajah liar bunuh pelancong di Nepal

KATHMANDU, 10 Jan – Seekor gajah liar membunuh seorang pelancong India di taman negara terbesar di Nepal hari ini dalam serangan maut kedua beberapa bulan kebelakangan. Wanita berusia 22 tahun itu berjalan kaki bersama kedua orang tuanya dari safari hutan di Taman Negara Chitwan apabila seekor gajah menyerang kumpulan tersebut.

“Dia segera dibawa ke hospital namun meninggal dunia kemudian semasa sedang dirawat,” kata ketua polis Chitwan, Deepak Thapa kepada AFP.

“Orang tuanya tidak cedera.”

Bulan lalu seorang wanita dipijak hingga mati dan dua yang lain cedera apabila gajah liar mengamuk di seluruh kampung di selatan daerah Bardia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA