Gajah liar mengamuk di bandar India

Gajah liar mengamuk di bandar India

KOLKATA, 11 Feb – Seekor gajah liar mengamuk dalam waktu yang panjang di sebuah bandar di timur India pada Rabu lalu, merosakkan kira-kira 100 buah rumah, kedai dan bangunan lain, kata seorang menteri negeri.

Gambar menunjukkan haiwan tersebut bingung di sekitar Siliguri, kira-kira 577 kilometer (360 batu) utara Kolkata, menghancurkan beberapa struktur bangunan, manakala orang ramai kelihatan berkeliaran untuk keluar dari jalan.

“Gajah sesat dari kawanan dan hilang arah dari hutan berhampiran hutan Siliguri, mengakibatkan suasana panik di Bandar hampir lima jam,” Menteri Perhutanan Negeri Barat Bengal, Binay Krishna Barman memberitahu kepada AFP melalui telefon.

“Haiwan itu merosakkan hampir 100 buah rumah dan kenderaan semasa ia berlari berkeliaran di jalan-jalan,” katanya. Orang melemparkan batu bagi percubaan untuk mengusir gajah itu, sebelum pegawai hutan menembak peluru penenang untuk meredakan keadaannya.

“Ia telah dihantar ke hutan Sukna yang bersempadan dengan bandar Siliguri,” kata menteri itu.

Warga India menyaksikan gajah liar  tersebut dengan peluru  penenang terlihat di belakangnya semasa ianya berjalan melalui sepanjang jalan di Siliguri. – AFP
Warga India menyaksikan gajah liar tersebut dengan peluru penenang terlihat di belakangnya semasa ianya berjalan melalui sepanjang jalan di Siliguri. – AFP

Siliguri, pintu masuk ke stesen bukit Darjeeling, penuh dengan gajah dan ada gajah yang terbunuh akibat pelanggaran dengan kereta api semasa gajah-gajah tersebut membuat lintasan melalui trek kereta api sepanjang kawasan hutan itu.

Pakar hidupan liar berkata kemusnahan habitat gajah adalah satu sebab utama pertemuan antara manusia dan haiwan. Kebanyakan haiwan tersebut berada di luar kawasan bandar India. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA