Gajah tertua di Jepun mati

Gajah tertua di Jepun mati

TOKYO, 27 Mei – Para pencinta binatang di Jepun menangisi kematian seekor gajah tertua di negara itu, Hanako, hari ini, yang mati ‘secara senyap’ selepas menghabiskan masanya dalam kurungan selama 69 tahun.

Hanako, yang bererti ‘Kanak-Kanak Bunga’ dalam bahasa Jepun, menjadi tumpuan tahun lalu ekoran kempen antarabangsa untuk memperbaiki lagi keadaan tempat tinggal yang sempit dalam usianya yang lanjut itu.

Punca kematian tidak segera diketahui, para penjaga zoo memberitahu AFP, dengan menambah kata bahawa bedah siasat akan dilakukan lewat hari ini.

Gajah dalam kurungan mempunyai jangka hayat 40 tahun lebih.

Menurut Guinness World Records, gajah tertua yang diketahui ialah Lin Wang, seekor gajah Asia yang hidup hingga usia 86 tahun dan mati pada tahun 2003 di Zoo Taipei.

Gambar fail bertarikh 27 Januari 2016 menunjukkan seorang atendan zoo memberi makan gajah Hanako di Taman Zoo Inokashira di pinggir Tokyo. – AP
Gambar fail bertarikh 27 Januari 2016 menunjukkan seorang atendan zoo memberi makan gajah Hanako di Taman Zoo Inokashira di pinggir Tokyo. – AP

Orang ramai pergi ke Taman Zoo Inokashira, Tokyo untuk memberi penghormatan mereka hari ini dengan lebih 70 kad takziah ditinggalkan untuk Hanako oleh pemberi ucap selamat. “Peminat-peminat mengunjungi taman itu untuk meletakkan bunga di hadapan kurungan Hanako,” menurut Hiroshi Mashima, yang bertanggung jawab bagi maklumat dan pendidikan di zoo itu.

Hanako menghembuskan nafas terakhirnya semalam setelah 20 orang anggota kakitangan cuba mendirikannya dengan tali, teknik biasa yang digunakan apabila gajah terus terbaring, menurut Mashima.  Gajah mati jika mereka berbaring bagi tempoh lama kerana ia boleh merosakkan organ dalamannya, tambah Mashima lagi.

Hanako, yang hidup lebih lama dari purata 55-60 tahun  gajah hidupan liar, menjadi bintang media tahun lalu selepas blog menyentuh hati oleh aktivis hak asasi binatang Kanada membawa kepada petisyen di online.

Penghantaran di blog itu berserta gambar Hanako yang nampak sedih tersebar luas apabila lebih 400,000 orang menandatangani petisyen ‘Bantu Hanako’.  Hanako dibawa ke Jepun pada tahun 1949 apabila dia berusia tahun sebagai hadiah dari kerajaan Thailand dan kisahnya dimuatkan dalam buku kanak-kanak dan drama televisyen. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA