Gajet rumah pintar perlu seiringan

Gajet rumah pintar perlu seiringan

BURLINGAME, AS, 25 Mei – Teknologi rumah pintar yang telah lama diterima akan menyesuaikan diri dengan keadaan aliran biasa selepas gajet dan perkhidmatan saingan menjadi tetamu baru yang mudah digunakan seiringan dengan yang lain, menurut orang dalam industri itu.

Sementara tawaran rumah pintar telah wujud bertahun-tahun, tumpuan ditingkatkan oleh Google, Amazon dan Apple yang sedang bertindak untuk menjadi yang utama dalam peranti pengendalian yang mampu mengambil arah atau memberi maklumat tanpa wayar.

“Kita perlu melihat pada masalah di rumah daripada perspektif menyeluruh dan menyedari ia adalah nilai bagi semua peranti ini yang berfungsi bersama-sama yang akan memacu penerimaan rumah pintar,”kata Curt Schacker, Timbalan Presiden kanan EVRYTHING bagi produk bersambung. Dia berkata di Silicon Valley semalam bagi permulaan ulang tahun ke-20 persidangan Connections khas untuk rumah pintar dan kepesatan perkembangan Internet.

EVRYTHING berfungsi dengan perniagaan untuk mengendalikan data yang dihimpunkan daripada sebarang objek diberikan ‘identiti digital waktu sebenar’ dengan menggunakan cip komputer, sensor malah kod-kod yang boleh diimbas. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA