Galak kakitangan patuhi peraturan jalan raya

Galak kakitangan patuhi peraturan jalan raya

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Mei – Dalam memberi maklumat dan kesedaran akan kepentingan mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya, Syarikat Hiew H Y Construction Sdn Bhd telah menjemput pihak Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) untuk menyampaikan ceramah bagi kakitangan dan para pemandunya.

Majlis ceramah yang berlangsung pejabat syarikat berkenaan telah disampaikan oleh Awang Baha bin Haji Jamahat.

Dalam ceramah berkenaan kakitangan syarikat dijelaskan mengenai undang-undang dan peraturan di jalan raya, sistem mata demerit dan SIKAP, yang mana mereka turut ditunjukkan gambar-gambar ketika pemeriksaan jalan raya dilakukan.

Antara kakitangan Syarikat Hiew H Y Construction Sdn Bhd yang menghadiri ceramah berkenaan.
Antara kakitangan Syarikat Hiew H Y Construction Sdn Bhd yang menghadiri ceramah berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA