Galak kakitangan syarikat derma darah

Galak kakitangan syarikat derma darah

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 18 Jun – Sebagai salah satu inisiatif hidup bermasyarakat, Jabatan HSE (Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran), Syarikat Mahkota Maju Sdn Bhd telah mengadakan aktiviti menderma darah, di Tingkat Satu, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, baru-baru ini.

Aktiviti ini adalah sebahagian daripada ‘Program Cara Hidup Sihat’ syarikat berkenaan yang mengehendaki setiap kakitangannya untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kecergasan fizikal yang turut mengalu-alukan orang ramai.

Pegawai HSSE, Awang Muhammad Harif bin Arun ketika ditemui mengatakan, aktiviti itu adalah yang pertama kali diadakan oleh jabatan berkenaan, bagi membantu mereka yang memerlukan darah-darah tertentu.

Kakitangan syarikat yang hadir untuk menderma darah juga diberikan taklimat awal mengenainya bagi memberi pendidikan berkaitan keperluan dan kepentingan derma darah kepada pesakit yang memerlukan darah dengan serta-merta.

Salah seorang kakitangan Mahkota Maju membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menderma darah.
Salah seorang kakitangan Mahkota Maju membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menderma darah.

ARTIKEL YANG SAMA