Galak kanak-kanak sertai acara keagamaan

Galak kanak-kanak sertai acara keagamaan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Kampung Katimahar hari ini mengadakan Pertandingan Azan, Pertandingan Tulisan Jawi dan Pertandingan Membaca Surah Al-Fatihah melibatkan penyertaan pelajar-pelajar kelas Al-Quran masjid berkenaan.

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang ialah Ketua Imam masjid berkenaan, Haji Hassan bin Haji Taha.

Menurut beliau, pertandingan tersebut merupakan rancangan tahunan takmir masjid bertujuan memberikan galakan kepada kanak-kanak untuk ikut serta dalam apa jua pertandingan dan pendedahan dan menyemaikan sikap berani tampil ke hadapan di khalayak ramai melaungkan azan, menulis jawi dan membaca Surah Al-Fatihah dengan betul.

Para peserta bergambar ramai bersama ketua imam masjid berkenaan.
Para peserta bergambar ramai bersama ketua imam masjid berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA