Galak murid terus hayati Al-Quran

Galak murid terus hayati Al-Quran

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 8 Sept – Seramai 64 orang murid Darjah 6 Sekolah Ugama Pengiran Kesuma Negara Bukit Beruang, Tutong II, telah diraikan dalam majlis khatam Al-Quran yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Mukim Telisai, kawasan Perpindahan Bukit Beruang, Tutong, kelmarin.

Hadir selaku tetamu khas pada majlis itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Haji Adnan bin Haji Adam.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Telisai, Haji Ramli bin Haji Lahit dan Pemangku Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Kesuma Negara Bukit Beruang, Dayang Lolyta binti Mohd Jenin.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi menggalakkan dan memberi dorongan kepada murid-murid di sekolah berkenaan untuk terus berusaha mempelajari serta menghayati Al-Quran sehingga mereka khatam Al-Quran sebelum mereka menamatkan persekolahan agama mereka.

Di samping itu, murid-murid juga diharap akan dapat mengamalkan pembacaan Al-Quran dengan pembacaan yang betul, lancar dan bertajwid.

Haji Adnan menyampaikan sijil kepada peserta khatam Sekolah Ugama Pengiran Kesuma Negara Bukit Beruang.
Haji Adnan menyampaikan sijil kepada peserta khatam Sekolah Ugama Pengiran Kesuma Negara Bukit Beruang.

ARTIKEL YANG SAMA