Galak pelajar amal baca Al-Quran

Galak pelajar amal baca Al-Quran

Oleh Abdul Aziz Pandin

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Sempena bulan Ramadan yang mulia dan penuh rahmat serta keberkatan ini, Sekolah Menengah Sayyidina Husain, Mukim Sengkurong telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang bertempat di dewan serba guna sekolah tersebut.

Majlis dihadiri Pengetuanya, Dayang Zarina binti Haji Kadir, timbalan-timbalan pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Ia antara lain bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar untuk sentiasa mengamalkan pembacaan Al-Quran dengan betul, lancar dan bertajwid.

Selain itu, menggalakkan pelajar-pelajar supaya mempelajari dan menghayati Al-Quran serta mengamalkan ajaran-ajarannya sebagai amalan harian dalam kalangan diri pelajar.

Sekolah Menengah Sayyidina Husain yang mengadakan Majlis Khatam Al-Quran baru-baru ini.
Sekolah Menengah Sayyidina Husain yang mengadakan Majlis Khatam Al-Quran baru-baru ini.

Ia juga untuk memastikan para pelajar telah mengkhatamkan bacaan Al-Quran dan mengeratkan kerjasama dan perpaduan di antara ibu bapa, guru-guru serta pelajar dalam mengendalikan majlis keagamaan yang penuh bermanfaat di sekolah ini.

Majlis ini adalah salah satu aktiviti tahunan sekolah dalam usaha untuk meningkatkan lagi jati diri, akhlak dan kecemerlangan dalam diri setiap pelajar khususnya.

ARTIKEL YANG SAMA