Galak pelajar minat membaca

Galak pelajar minat membaca

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Kira-kira 100 murid Sekolah Freda Radin, Kampung Sungai Akar bakal mendapat lebih banyak bahan bacaan dengan adanya perkhidmatan perpustakaan bergerak yang akan melawat ke sekolah mereka sekali sebulan bermula hari ini.

Pelancaran perkhidmatan itu disempurnakan oleh Pemangku Perkembangan Kurikulum, Haji Zulkifli bin Haji Mohd Yusof sebagai wakil peribadi kepada Pengarah Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.

Hadir sama ialah Pemangku Timbalan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Hajah Noriedah binti Haji Mohd Hassan serta para ibu bapa pelajar.

Guru Besar Sekolah Freda Radin, Pengiran May Fazura binti Pengiran Haji Radin Hanafi dalam ucapan alu-aluannya berkata, perkhidmatan perpustakaan bergerak di sekolah tersebut menjadi kenyataan atas segala doa dan usaha gigih pihak sekolah.

Beliau bagi pihak Lembaga Pengarah Sekolah Freda Radin mengucapkan terima kasih atas kerjasama DBP serta Kementerian Pendidikan yang mengambil perhatian dan bekerjasama dengan sekolah berkenaan sehingga hari ini.

Pengiran May Fazura bersama murid-murid sekolahnya di majlis pelancaran perpustakaan bergerak ke Sekolah Freda Radin.
Pengiran May Fazura bersama murid-murid sekolahnya di majlis pelancaran perpustakaan bergerak ke Sekolah Freda Radin.

pg10_150526_b

pg10_150526_d

Beberapa murid meninjau buku-buku yang terdapat di dalam perpustakaan bergerak itu.
Beberapa murid meninjau buku-buku yang terdapat di dalam perpustakaan bergerak itu.

“Untuk makluman, budaya membaca di sekolah ini telah dipraktikkan sejak awal lagi, iaitu pada setiap pagi selepas perhimpunan, setiap kelas akan mengadakan sesi membaca selama sepuluh minit, maka dengan adanya khidmat perpustakaan bergerak ini akan menambah lagi minat murid untuk membaca,” ujarnya.

Menurutnya lagi, serentak dengan pelancaran itu, juga diadakan sambutan Hari Keluarga yang bertemakan Keluarga Ku Harapan Ku sebagai salah satu aktiviti tahunan bagi Sekolah Freda Radin.

Beliau menjelaskan, sambutan Hari Keluarga pada tahun ini diraikan dengan pelancaran perpustakaan bergerak supaya para murid mempunyai wawasan dan akan sentiasa gigih berusaha untuk meraih kecemerlangan, kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kehidupan berkeluarga dan menanamkan budaya membaca.

ARTIKEL YANG SAMA