Galak pelajar teroka kerjaya perundangan

Galak pelajar teroka kerjaya perundangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Dalam usaha menggalakkan penuntut untuk berminat mengambil kerjaya perundangan, Pejabat Peguam Negara telah mengadakan taklimat di Pusat Tingkatan Enam Tutong, kelmarin, sempena Program Hala Tuju Yang Mana Satu Carian Selepas O’Level Eksplorasi Kerjaya Tahun 2015.

Taklimat telah disampaikan oleh beberapa orang penasihat undang-undang dari Pejabat Peguam Negara iaitu Dayang Norhayati binti Dato Paduka Haji Omar, Awang Aminuddin Zaki bin Dato Paduka Haji Abdul Rahman, Dayang Siti Aisyah binti Haji Lakim dan Dayang Tracy Valencia Lai Hui Min.

Dalam taklimat tersebut mereka berkongsi dengan pelajar mengenai fungsi Pejabat Peguam Negara dan juga kehidupan harian sebagai Penasihat Undang-undang (Peguam) di Pejabat Peguam Negara dan juga pilihan yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk mengikuti Ijazah Undang-undang, bukan sahaja di luar negara seperti di United Kingdom, Australia dan Malaysia, tetapi juga di institusi tempatan seperti di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Taklimat tersebut diikuti dengan sesi soal jawab di antara penasihat undang-undang dan penuntut di mana pelajar diberikan peluang mengetahui lebih lanjut mengenai peluang pekerjaan di Pejabat Peguam Negara.

Para pelajar Pusat Tingkatan Enam Tutong mendengar taklimat daripada beberapa penasihat undang-undang dari Pejabat Peguam Negara.
Para pelajar Pusat Tingkatan Enam Tutong mendengar taklimat daripada beberapa penasihat undang-undang dari Pejabat Peguam Negara.

ARTIKEL YANG SAMA