Galak pelajar tingkatkan usaha

Galak pelajar tingkatkan usaha

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Sebagai galakan dan menyuntik semangat pelajar agar berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang, Sekolah Bakti Dewa telah mengadakan Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Hadiah bagi Pelajar Terbaik Tahun 2016, yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan, Kampung Lambak Kanan, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil kepada graduan-graduan cilik berkenaan serta hadiah kepada pelajar-pelajar terbaik ialah Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan juga Ketua Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan, Hajah Noridah binti Abdullah.

Majlis dimulakan dengan perbarisan lalu para graduan cilik dan ibu bapa masing-masing, diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan serta ucapan daripada Pengetua Sekolah, Pengiran Anak Hafeezah Syukrina bin Pengiran Anak Haji Hassanuddin Al-Hajj dan tetamu kehormat majlis.

Persembahan Pak Saloi menyerikan majlis konvokesyen.
Persembahan Pak Saloi menyerikan majlis konvokesyen.
Antara barisan graduan cilik KG3 yang diraikan pada majlis itu.
Antara barisan graduan cilik KG3 yang diraikan pada majlis itu.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan beberapa persembahan menarik daripada pelajar-pelajar Sekolah Bakti Dewa cawangan Daerah Tutong, Berakas dan Jerudong.

Selain memberi penghargaan kepada para graduan dan pelajar, majlis juga antara lain bertujuan untuk memberi motivasi kepada para pelajar untuk terus berusaha meningkatkan kualiti pembelajaran mereka.

ARTIKEL YANG SAMA