Galakan untuk rajin membaca

Galakan untuk rajin membaca

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Murid-murid sekolah yang biasanya mengenakan pakaian seragam sekolah kelihatan berbeza apabila tampil dengan kostum mengikut karakter dalam filem kegemaran dan animasi sempena Hari Karakter Sekolah Rendah Jerudong, kluster 2, baru-baru ini.

Hari Karakter yang diadakan di Dewan Ceria sekolah berkenaan merupakan salah satu aktiviti tahunan dalam kalender sekolah yang dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Inggeris.

Pada acara itu, semua pe-lajar dan guru tampil dengan kostum ala-ala wira, lanun, puteri, pahlawan, watak kartun dan lain-lain.

Guru-guru juga tidak ketinggalan memeriahkan lagi Hari Karakter sekolah tersebut.
Guru-guru juga tidak ketinggalan memeriahkan lagi Hari Karakter sekolah tersebut.
Wajah ceria murid-murid sekolah yang tampil dengan watak masing-masing.
Wajah ceria murid-murid sekolah yang tampil dengan watak masing-masing.

Hari Karakter yang juga bersempena ‘Maritah Membaca’ adalah bertujuan untuk memberi galakan kepada pelajar untuk mencintai dan mengetahui kepentingan dalam memperbanyakkan pembacaan.

Acara tersebut turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada guru dan pelajar yang tampil dengan kostum terbaik daripada Pengetua Sekolah, Dayang Khadijah binti Haji Gapar.

ARTIKEL YANG SAMA