Galakkan pertukaran idea

Galakkan pertukaran idea

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Sebagai usaha berterusan untuk menggalakkan pertukaran idea dan interaksi di kalangan kakitangan dan pihak pengurusan syarikat, National Insurance Company Berhad (NICB) mengadakan bengkel sehari bagi sesi latihan dan mesyuarat syarikat berkenaan yang berlangsung di Hotel Radisson, Bandar Seri Begawan, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh NICB, di sini, hari ini, turut hadir semasa bengkel berkenaan ialah Pengurus Besar NICB, Kolja Klawunn yang mengalu-alukan kehadiran semua kakitangan dan pihak pengurusan serta memberikan kata-kata perangsang kepada mereka.

Semasa bengkel itu, kesemua ahli pengurusan dan kakitangan syarikat mengambil bahagian secara aktif dalam sesi perbincangan, perkongsian dan kegiatan berkumpulan.

Sesi bengkel itu memberikan peluang kepada semua kakitangan syarikat untuk berinteraksi dan mengetengahkan idea melalui sesi perbincangan dan pembentangan idea.

Bengkel itu juga menyaksikan para pegawai dan kakitangan syarikat menghadiri sesi latihan bertajuk ‘7 tabiat orang yang amat efektif’ yang dikendalikan oleh jurulatih dari Allianz Singapura, Rina Sakuraba.