Galant terbaru lebih sportif

Galant terbaru lebih sportif

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Sept – GHK Motors Sdn Bhd selaku pengedar pelbagai kereta berjenama terkenal, hari ini telah memperkenalkan kembali model kereta Mitsubishi Galant terbaru, Galant Sportback dengan penampilan yang lebih sportif.

Model tersebut dilengkapi dengan 18-inci 8-spoke alloy wheels dan teknologi terkini serta ciri-ciri keselamatan yang terbaik. Manakala di bahagian belakang pula berbentuk ‘hatchback’ yang melambangkan keunikan Galant dan memberi ruang yang lebih luas.

Sementara itu, di bahagian hadapan kereta tersebut dilihat seperti menyerupai model Lancer EX bagi mengekalkan penampilan sportif berkonsepkan ‘Ralliart’ dengan gabungan kit badan gril depan, side skirt, spoiler belakang dan tempat duduk sportif.

Dengan dikuasakan enjin MIVEC 2.4L dengan penambahan sport mode untuk memberi kuasa lebih kuat, transmisi CVT dengan ‘steering wheel paddle shifts’, kereta ini menjadi kegemaran ramai khususnya mereka yang minat konsep kereta sportif.

Semasa membuat pemeriksaan uji pandu kereta tersebut ketika dalam perjalanan di Lebuh Raya Jerudong, penukaran kepada mode ‘Sport’ pecutan perlepasan kereta akan menjadi lebih kuat berbanding dengan mode biasa dan pada tahap kelajuan tinggi, stering kereta akan terasa lebih keras. Ini kerana kereta tersebut akan lebih senang dikawal dalam membuat pembelokan pada kelajuan tinggi.

Model terbaru Galant kini dikenali dengan Galant Sportback, berkonsepkan lebih ‘sportif’.
Model terbaru Galant kini dikenali dengan Galant Sportback, berkonsepkan lebih ‘sportif’.

Selain daripada itu, Galant Sportback juga dilengkapi dengan inovatif ‘Reinforced Impact Safety Evolution’ (RISE) yang mana ia memberikan perlindungan yang kuat di bahagian badan kereta jika berlakunya kemalangan.

Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri peralatan baru bagi keselesaan dan keselamatan para pemandu seperti active stability control, active traction control, anti-lock breaking system, electronic brake distribution dan paling penting tujuh beg udara termasuk di bahagian depan pemandu dan penumpang dan sisi kereta.

Galant Sportback ini juga didatangkan dengan pelbagai warna iaitu kelabu, putih, biru terang dan hitam. Sejak pertama kali diperkenalkan 15 tahun yang lalu, model tersebut berjaya mencapai jualan sebanyak 10,000 unit.

Sehubungan itu, bagi para pelanggan yang ingin membuat pembelian mana-mana jenama kereta dari GHK, mereka akan menerima empat bulan bayaran ansuran percuma bermula 1 hingga sehingga 30 September ini.

Para pelanggan bolehlah berkunjung ke Bilik Pameran Mitsubishi, Beribi semasa waktu pejabat bagi menyaksikan model baharu.

ARTIKEL YANG SAMA