Galas cabaran negara di Kejohanan Skuasy MBPJ

Galas cabaran negara di Kejohanan Skuasy MBPJ

Oleh Hamidah Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Dua pemain skuasy remaja negara berlepas ke Kuala Lumpur untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Skuasy Terbuka MBPJ 2015 yang akan berlangsung di Pusat Skuasy ASTAKA di Petaling Jaya.

Kejohanan itu dijadualkan bermula hari ini sehingga 21 Oktober. Dua pemain skuasy terbabit ialah Abang Muhamamd Huzairie dan Mohammad Rizman, kedua-duanya akan bertanding dalam Kategori Divisyen 2.

Dalam satu temu ramah, Abang Muhammad Huzairie berkata beliau berharap akan memberikan persembahan terbaik menentang para pemain antarabangsa yang lain.

Menurutnya, mereka sudah menjalani latihan sejak Ogos lepas bagi menyertai kejohanan berkenaan.

Penyertaan mereka dalam kejohanan tersebut menerima sokongan daripada Persatuan Raket Skuasy Brunei, Ajwa Kitchen, Chot Fadlie, Alif Firdaus Restaurant & Catering serta Cooltones.

Mohammad Rizman dan Abang Muhammad Huzairie.
Mohammad Rizman dan Abang Muhammad Huzairie.