Galas cabaran negara di kejohanan skuasy

Galas cabaran negara di kejohanan skuasy

Oleh Hamidah Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Dua pemain skuasy negara, Abang Muhammad Huzairie dan Mohammad Rosman Roslin sekali lagi menggalas cabaran negara dalam kejohanan skuasy di peringkat antarabangsa. Pada kali ini, mereka terbang ke Jakarta, Indonesia untuk mengambil bahagian dalam Kejuaraan Skuasy Piala Gabenor DKI Jakarta VIII 2015.

Kedua-dua mereka akan menentang para pemain lain dari Indonesia, Malaysia dan tidak ketinggalan juga Singapura.

Sehubungan itu mereka mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang sentiasa memberikan sokongan padu terhadap usaha murni mereka menaikkan imej negara di mata dunia. Mereka menghulurkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Hus Pizza, Olly’s Comfort Food, Studio Grill, Rayz Churros, Solarbrunei.com dan juga PrimeArt.

Kedua-dua pemain skuasy negara sebelum berlepas ke Jakarta di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Kedua-dua pemain skuasy negara sebelum berlepas ke Jakarta di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.