Galas cabaran negara

Galas cabaran negara

Oleh Haji Mohd Daud Abd Rahman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Sept – Kejohanan Jemputan Lumba Perahu Hari Kebangsaan akan berlangsung di Kuching, Sarawak, bermula 19 sehingga 20 September ini.

Sehubungan itu, serombongan 40 orang pekayuh serta pegawai urus setia perhubungan dari Persatuan Lumba Perahu Kebangsaan Brunei Darussalam (PLPKBD) hari ini berlepas ke Kuching, Sarawak untuk menyertai kejohanan tersebut.

Bagi memohon keselamatan dan keberkatan perjalanan rombongan yang menaiki bas sewa khas itu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah.

Majlis perlepasan kemudiannya disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

Rombongan PLPKBD bergambar ramai bersama YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz sebelum berlepas ke Kuching, Sarawak.
Rombongan PLPKBD bergambar ramai bersama YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz sebelum berlepas ke Kuching, Sarawak.

Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz turut menasihatkan anggota rombongan supaya berusaha sedaya mungkin untuk mencatatkan kemenangan untuk pasukan negara.

Anggota rombongan pasukan negara juga diingatkan agar sentiasa menjaga nama baik negara ketika bertanding di luar negara.

ARTIKEL YANG SAMA