Galas mandat a’bangsa

Galas mandat a’bangsa

Oleh Syahmi Hassan

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Sept – Pasukan Pemantau Antarabangsa Negara Brunei Darussalam ke-13 diraikan dalam majlis Doa Selamat hari ini di Surau Bolkiah Garison sebelum mereka bertolak ke Mindanao, Filipina.

Kontinjen yang terdiri daripada tujuh anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan seorang pegawai Polis Diraja Brunei ini diketuai oleh Leftenan Kolonel Abidin bin Haji Timbang yang akan bertolak pada 15 September ini.

Hadir pada majlis itu ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Mohd Irwan bin Haji Hambali, ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, pengarah-pengarah awam dan tentera, komandan, pegawai-pegawai kanan dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB.

Pemerintah ABDB ketika bersalaman dengan Pasukan Pemantau Antarabangsa Negara Brunei Darussalam ke-13 di majlis itu.
Pemerintah ABDB ketika bersalaman dengan Pasukan Pemantau Antarabangsa Negara Brunei Darussalam ke-13 di majlis itu.
Suasana ketika majlis Doa Selamat berkenaan diadakan.
Suasana ketika majlis Doa Selamat berkenaan diadakan.

Leftenan Kolonel Abidin ketika ditemu bual wartawan Media Permata, menjelaskan tugasan mereka di sana akan mengambil masa setahun dan dibahagikan kepada empat ‘teamsite’ yang mana beliau akan mengetuai salah satu ‘teamsite’ itu dan yang lain akan diketuai pasukan dari Malaysia dan Indonesia.,

Menurutnya lagi, sebelum berlepas ke Mindanao, kontinjen sudah pun membuat persiapan dan persediaan awal melalui program pra-penempatan selama dua minggu menjurus kepada pengetahuan mengenai perkembangan di sana dan diselitkan dengan sesi kerohanian serta kaunseling.

“Tugas kami yang dimandatkan di sana lebih kepada memantau keadaan bagi sebarang situasi atau kejadian yang tidak diingini,” katanya ketika menyentuh mengenai tugas utama mereka di sana nanti.

ARTIKEL YANG SAMA